Beli Snacks From Family Mart!



Assalamualaikum lovelies!

Harini Eikin nak share lah sikit yang semalam Eikin binge eating! Things yang sweet pula tu! Everyone akan overeats from time to time. So, korang mesti faham keadaan Eikin. Actually before that, Eikin dah makan dengan kawan. Makanan berat pula tu; tomyam ayam, telur bungkus, nasi putih and sate!!! That's why Eikin tengah binge eating sebab tekak teringin benda manis lah pula after lidah dah merasa yang masin-masin. Tak tahu tengah stress sangat lah kot.

And Eikin decide pergi ke Family Mart and terus tengok dekat bahagian dessert. Actually nak Strawberry Sando, tapi takda, dah habis. Apadahal, ambik jelah dua yang mixed fruit punya. And then Eikin ambik Strawberry Swiss Roll, nak juga strawberry. Lepas tu tak boleh nak decide, nak Mango Cheesecake or just Swiss Roll. Disebabkan tak boleh decide, ambik juga dua-dua. Then, Eikin pikir, takkan lah makanan je, mesti kena ada drinks. Disebabkan Eikin suka Melon from the same brand, why not try yang Banana Milk yang bukan main viral, yang everytime orang pergi Korea mesti nak try Banana Milk. Sampai Neelofa pun buat susu pisang ni. Sedap sangat ke? That's why Eikin beli juga. Nak cuba lah kan.

Ini bukan review yer. Sebab Eikin dah banyak kali dah makan, so macam tak aci lah konon buat review pasal makanan ni. Eikin just share jer lah ea dengan korang ye from pov Eikin.

"Fruit Sando" memang favourite Eikin! Everytime kalau ada pergi makan dekat cafe yang jual fruit sando, mesti nak kena order. Benda wajib! Disebabkan Family Mart ni convenience store, so makanan dia jenis instant lah kan. Fruit sando Family Mart tak boleh nak compare dengan yang dekat cafe, sebab yela, fruits dia tak letak banyak and dia dah siap packaging tapi sedap nak mampus okay guys. Untuk Swiss Roll, Eikin penggemar whipped cream! So, Eikin memang suka gila Swiss Roll Family Mart. But anyone yang cepat muak, takyah lah beriya sangat nak makan, nanti tak habis macam kawan Eikin. Jeng jeng! Untuk Mango Cheesecake dia pun not bad lah! Sedap juga. Disebabkan cheesecake dia Eikin first time makan, Eikin layak nak bagi rate untuk cheesecake dia. Eikin bagi 7/10 lah. Memang not bad lah. And finally, Banana Milk from this brand. I don't know why orang hype sangat dengan susu pisang ni. Which for me it's so gross, Eikin nearly nak termuntah. Mungkin memang bukan tekak Eikin punya style. I would prefer Melon Milk, yup! Banana Milk tett! No thanks. Kalau korang rasa sedap, go ahead, boleh teruskan minum. But untuk Eikin, just a big NO. 

So, total untuk semua snacks ni RM 26.30. Semua sedap kecuali susu pisang. So, I regret a bit. Share lah dengan Eikin apa makanan convenience store yang korang suka. Mana tahu nanti Eikin boleh try pula!

4 comments

  1. Waaa~ bagusnya. Kita masuk family mart tak tahu nak beli apa. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Eikin ni pantang sikit, kang beli terlebih-lebih pulakkk susah juga tu ><

      Delete
  2. waaaa banana milkkkk sedapnyaa lama tak minumm

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html

    ReplyDelete
  3. family mart selalu makan onigiri (wajib beli) dengan megi cup / nasi packet / ayam oreng . tu pun masa tunggu bas dulu , dekat area rumah takde family mart ada 7e . selalu beli air dia yang freeze sampai ke otak tu plus cari megi keluaran terbaru ,saya memang hantu megi tak lah hari hari makan .tapi kalau ada jenis baru mesti nak try

    ReplyDelete